Monday, December 14, 2009

Aktiviti cuti semester..(^_^)

(29/11/09-30/11/09)~Pertemuan Mahasiswa Pahang~
Aku bersama 2orang sahabat kuantan al-faris dan mashitah telah berangkat ke temerloh menaiki kereta bertolak pukul 7.00pg dan selamat tiba di temerloh pada pukul 8.45pg..Disana aku temui ramai lagi sahabat-sahabat lain yang ku kenali antaranya kak raudah,syahid,zahra dan toriq..Program ini diadakan untuk merapatkan ukhwah di kalangan mahasiswa pahang dan menyedarkan mahasiswa tentang tanggungjawab mereka sebagai seoramg yang memegang amanah Allah..Selesai program kami sempat beraya ke dirumah sahabat di temerloh dan lanchang,keesokannya kami berangkat pulang ke kuantan.



(4/12/09-5/12/09)~Ta.Mu.Ka
Program ini melibatkan wanita muslim yang mengajak untuk sama2 berkumpul dalam 1 majlis ilmu yang mengandungi ta'ruf,qiamullai,kuliah erkiey, ceramah berkaitan wanita yang membincangkan tafsir surah al-Mumtahanah (wanita yang di uji Allah s.w.t), dan perbincangan isu semasa bersama pimp.


Hujan yang lebat dari malam ke pagi keesokannya turun mencurah2 tanpa henti menyebabkan banjir berlaku di kawasan berhampiran tempat program,ada peserta yang balik awal kerana rumah telah ditenggelami air. Pasukan penyelamat Nissan telah bersedia untuk turun membantu mangsa banjir dan aku turut berkeinginan membantu..tiba2 seorang sahabatku disuruh pulang segera oleh ibunya kerana jalan kerumahnya hampir dinaiki air..Semasa nk menghantarnya kereta tak nak idup walau dah cuba bermacam2 cara,mungkin enjin sejuk coz dari malam tadi hujan xbenti..hujan masih lebat di luar..akhirnya kami msg sahabat sorang lagi minta tlg pinjamkan kereta..5min kemudian sahabat td meredah hujan dan melulu masuk kereta ikut belakang dan bagi kunci kereta lain dalam keadaan menggeliat kesakitan akibat terjatuh..bila dah dapat kunci kami bergegas berpindah kereta dan mengunci kancil tadi..baru nak buka kunci kereta yang dipinjam tiba2 terasa kunci kancil xde kat tgn..ALAMAK..kunci kancil tertingal kat dlm kete kancil yang baru saje dikunci..huhu,bertambahlah masalahnya..tanpa berfikir panjang terus kami pinjam garpu dari dapur tmp program dan cuba untuk cungkil buka pintu kete dalam keadaan hujan lebat..tapi kami gagal..aku memutuskan tingal dulu kancil dan hantar shbt pulang dulu risau jalan naik air..Alhamdulillah selesai hntr shbt,kakakku jemput pulang dan kancil ditingalkan disitu..kami menganggap semua ini adalah dugaan dr Allah,tiada kerja dakwah yang berjalan mudah tanpa di uji dengan pelbagai mehnah walaupun sedikit..semoga diri ini istiqamah..



(6/12/09)~Smartgrup Bersama Adik2 Kuantan~
Alhamdulillah lepas ambil kancil kat bengkel,aku dan zahra sekali lagi dapat bertemu dengan adik2 di kuantan,masing2 melepaskan rindu..


(12/12/09-14/12/09)~Jalan2 di Selangor~

Pagi sebelum bertolak ke selangor aku,zahra n uzair ke UIA kerana perjumpaan di sana..habis perjumpaan kami bersama 6org shbt UIA mengadakan lagi sekali smartgrup bersama adik2 kuantan..Tepat 5.00ptg kami bertolak ke selangor dan tiba disana pukul 9lebih..Walaupun terlepas 5buah rumah,tapi tak mengapalah mungkin nanti ada rezki datang selangor lagi jika masih bernyawa..InsyaAllah..

(17/12/06)Buat persediaan untuk Program mahasiswa pahang..
(18/12/09-20/12/09)InsyaAllah faci untuk program Kem ramaja Unggul di Quantan..
(21/12/09)insyaAllah ke jengka kerana ada hal dengan adik jengka..
(26/12/09)Sambung perjuangan di kampus

Hari ini 15/12/09 jam 3.24pm di rumah sedang menaip blog sambil dengar lagu SAHABAT..rindunya sahabat2.. Ana tujukan lagu ini khas untuk sahabat2 semua..

















"Pertemuan telah ditakdirkan,
antara kita tidak pernah dirancang..
Mana lah takdir hendak dilawan,
semuanya ketentuan Tuhan..
Wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama2 kita lalui..
Suka dan duka memburu impian,
moga teguhnya ikatan ini..
Sahabat yang amat ku kasihi,
susah sennag kau di sampingku..
Kehadiran dikau disisi,
mengubah sepi dihatiku..
Wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama2 kita lalui..
Suka dan duka memburu impian,
moga teguhnya ikatan ini..
Sahabat yang amat ku cintai,
susah senang kau di sampingku..
Walau kini hilang di mata,
namun kau tetap dihatiku..
Sahabat bertuahnya ku rasa mendapat teman sepertimu,
Membimbing menasihatiku,
hanya satu dalam beribu..
Namun kini hanyalah tiggal kenangan
Pertemuan kita di laman perpisahan
kemesraan bermekar di akhir perkenalan
Sayu menitiskan air mataku.."

1 comment: