Tuesday, October 23, 2012

K-LIQUID CHLOROPHYLL (produk kesihatan sepanjang hayat)

KEGUNAAN
Gout,penyakit hati,paru-paru,perut,diabetis,sembelit,haid tidak teratur,masalah kesuburan wanita,keputihan,kanser,lemah tubuh badan,tekanan darah rendah,anemia,susah tidur,denggi,penyakit kulit,demam kuning, asma,gangguan penglihatan,sakit mata,kekejangan,sakit/radang sendi,strok,lemah jantung,tangan/kaki berpeluh,buang lemak,jerawat,kurap,masalah kulit,osteoporosis,masalah gigi,batu karang,sress,lemah daya ingatan,buah pinggang,tiroid, kanser prostat..juga mempercepatkan penyembuhan luka2 kecil, selepas operate,selepas bersalin.. 

telah terbukti berkesan menyembuhkan pelbagai penyakit yang disebutkan diatas..sesuai untuk semua peringkat umur..

anda boleh la mengambil ikhtiar dengan mengambil chlorophyll.. apa yang istimewanya 1tutup chlorophyll bersamaan dengan 1kg sayur..jadi kepada yang kurang @ tak makan sayur sgt sesuai ambil minuman ni..

cara makan mudah saje, hanya campurkan 1 sudu dalam segelas air kosong @ 3tutup ke dalam sebotol besar air minuman,diminum setiap kali sebelum makan dan boleh dijadikan minuman harian..

ianya tiada rasa pahit @ rasa kurang menyenangkan,rase seperti air masak jer..jadi tiada masalah untuk dijadikan minuman harian..


mencegah lebih baik daripada mengubati,setiap penyakit ade penawarnya kecuali mati..DIA yang mendatangkan sakit,DIA juga yang mengubati..sama2lah kita ikhtiar..


kepada yang ingin mendapatkannya @ sebarang pertanyaan boleh la menghubungi saya.. Zakiah di talian 013-9697693.. @ di facebook saya zakiah.mvs@facebook.com

Sunday, October 31, 2010

SEKADAR PENCARIAN UNTUK MENGENAL DIRI

Masalah Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang ilmu yang sangat khusus dan amat berbeza disegi pendekatan dan sumber perantara ilmu itu.

Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarnya “betul” dalam bidang masing-masing. Sebagaimana berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Nabi Musa, walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai Makrifat. Jadi beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khaidir pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, jadi beliau menghukum sesuatu mengikut ilmunya. Jadi dalam perjalanan bersama-sama Nabi Musa, Nabi Khaidir telah membunuh seorang budak, membangun semula rumah yang telah hampir musnah dan mengapak kapal yang beliau tumpangi. Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar, Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum perjalanan. Nabi Khaidir berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, budak itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang nakal, sedangkan ibu/bapanya orang yang solleh. Dibawah bangunan lama terdapat harta anak yatim yang belum dewasa. Dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khaidir merosakkan sedikit kapal yang ditumpanginya supaya tidak dirampas oleh Raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah. Raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik.

Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya dan Nabi Khaidir betul dengan ilmunya.

Seperti juga berlaku pada Halaj, seorang wali Allah. Ia dihukum bunuh kerana dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Anal Haq’. Pada pandangan Feqah (ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum bunuh. Setelah kepalanya dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan “La ila ha illa llah” dipermukaan tanah. Dalam hal ini, ahli Syariat yang menghukum tidak bersalah dan Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu ‘Zuk” atau telah fana didalam kewujudan Allah SWT.

Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Laduni dan Kashaf sebenarnya bukan ilmu. Ia merupakan cara ilmu itu disampaikan. Laduni bermaksud Allah memasukkan terus maklumat berkenaan sesuatu perkara kedalam pengtahuan orang itu. Tidak melalui pendengaran atau penglihatan. Dengan perkataan lain tidak ada guru.

Khasaf pula bermaksud keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara yang ghaib pada mata kasar. Pandangan khasaf ialah pandangan menggunakan mata basir (mata batin atau mata ruhani). Kalau mata kasar menggunakan cahaya (cahaya matahari atau lampu) untuk melihat, mata basir menggunakan “nur” untuk melihat. Kekuatan mata basir berbeza-beza. Paling rendah boleh melihat dimensi jin (dan syaitan). Peringkat lebih tinggi boleh melihat dimensi malaikat (alam malakut), kemudian dimensi roh. Paling tinggi ialah dimensi ketuhaan (Alam Lahut).

Jadi ilmu-ilmu ini walaupun sumbernya Allah SWT, tetapi melalui cara yang berbeza. Sesuai dengan Ilmu Syariat yang bersifat zahir dan membicara perkara-perkara yang zahir semata-mata, maka cara penyampaiannya juga menggunakan peralatan zahir, seperti guru zahir, kitab-kitab yang bersumberkan Quran dan Hadith Rasulullah SAW.

Tariqat ialah jalan atau cara-cara untuk mempertingkatkan IMAN, TAQWA dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah SWT. Jadi, untuk mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunkan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas dibawah panduan seorang guru yang murshid, darjat IMAN dan TQWAnya meningkat dari sehari-kesehari. Hasil dari peningkatan ini, “dirinya” yang di dalam diri zahir, atau ronya, menjadi bertambah kuat dan sehat. Mata basirnya semakin terang sehingga pada suatu masa, cukup kuat sehingga boleh melihat alam ghaib atau kashaf. Setelah kasyaf dan sudah melihat dimensi-dimensi yang dijelaskan tadi, IMANnya meningkat dari ILMU YAKIN kepada AINUL YAKIN. Kalau dahulu murid itu yakin adanya alam ghaib kerana percaya kepada ilmu syariat yang dipelajari. Tetapi sekarang ini telah melihat sendiri adanya alam ghaib tersebut. Naiklah darjat menjadi AINUL YAKIN (Ain bermakna mata).

Kemudian Allah membuka lagi lautan ilmu (maklumat) berkenaan dengan Rahsia Allah kepada murid ini melalui guru-guru ghaib yang terdiri daripada Wali-wali Allah atau ALLAH memberi terus melalui Laduni. IMAN murid tadi meningkat lagi sehingga HAQQUL YAKIN. Ia itu yakin sebenarnya-benar yakin. Inilah darjat yakin para Nabi-nabi.

Setelah mengtahui rahsia-rahsia kejadian alam ini, maka dikatakan murid tadi telah mendapat HAQIQAT. Ia itu mengtahui kejadian makhluk Allah disegi zahirnya dan gahibnya (batinya). Setelah mendapat HAQIQAT, seterunya murid tadi dengan kurniaNYA, mungkin akan ditambah lagi ILMUnya sehingga mengenal KHALIQ, Yang Maha Pencipta iatu ALLAH YANG MAHA PERKASA. Inillah dikatakan telah mendapat MAKRIFAT. Ia itu mengenal ALLAH sebagaimana ALLAH sendiri memberi tahu diriNYA.

Jadi sebagai kesimpulan, Tariqat itu masih berbetuk syariat kerana ia ilmu zahir. Hasil dari amalan tariqat, seseorang itu dikurniakan Haqiqat dan Makrifat.

Guru murshid ialah guru yang telah mendapat sekurang-kurangnya peringkat Haqiqat kalaupun tidak mendapat Makrifat.

Jadi kesimpulanya, kalau kita bukan ahlinya, tak payahlah jadi macam orang buta yang cuba menceritakan bentuk seekor gajah. Orang buta yang pegang belalai tentu mengatakan gajah itu seperti ular. Orang buta yang pegang kaki, kata gajah macam tiang, begitulah seterunya.

Berkenaan dengan bagaimana nak membezakan sama ada sumber ilham atau guru ghaib itu yang haq (wali-wali misalnya) atau batil (syaitan). Ini perkara senang. Guru yang murshid akan dapat membantu muridnya. Guru murshid melihat dengan mata bashir dan dapat mengenal siapa sebenarnya yang datang. Syaitan memang pandai berupa, tetapi mata bashir lebih tajam. Syaitan itu boleh dibunuh.

Kalau berbicara masalah Tariqat, tak payahlah tanya mana hadis atau nasnya. Lihatlah siapa yang mengajar dan siapa muridnya. Mana salsilahnya. Tariqat yang betul jelas. Tariqat yang salah pun jelas. Kalau amalan Tariqat tersebut bersalahan dengan Syariat, jangan ragu lagi. Pasti salah. Seperti sembahyang tanpa kelakuan atau sembahyang niat atau dipanggil juga sembahyang batin, tentu salah kerana sembahyang mesti ada ketiga, niat, berkata-kata dan kelakuan. Kalau tidak menjaga aurat, bercampur laki-laki dan perempuan juga salah.

Bahkan, semakin tinggi seseorang itu dalam perjalanannya menuju keredhaan Ilahi, semakin banyak dia bersembahyang. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kalau semakin tidak sembahyang, sahlah syaitan atau ketua syaitan ia itu Iblislah gurunya.

Sebagai kesimpulan, kalau kita bermaksud untuk menjadi orang yang diredhai Allah SWT MESTI belajar dan amal Tariqat. Sesorang yang mengamal Tariqat telah tahu dengan yakin sama ada segala amalannya diterima atau tidak oleh Allah SWT sebelum ia meninggal dunia lagi. Ia masih boleh betulkan sebelum mengadap Ilahi. Bahkan mereka ini mungkin dilantik menjadi Wali-Wali Allah.

Orang syariat hanya mendapat tahu sama ada Allah redha atau tidak setelah mereka mati. Ini sudah terlambat kalau terdapat kesilapan dalam amalan sehingga tidak diterima Allah SWT.

Saturday, October 30, 2010

Beza dakwah orang dulu dengan Dakwah sekarang

Dakwah org awal dulu2:
ustaz yg bg ceramah,dielah yg buat poster,tampal poster,pasang mike sendiri,speaker..tunggu2,yg datang dlm 2,3 orang..namun usaha dakwah tetap diteruskan berulang2 kali dengan istiqamah sehingga bertambahnya tenaga gerakan islam..hingga jumlahnya jadi setanding hari ini..

Dakwah org sekarang alhamdulillah semakin mudah:
ade org buat kan poster,tampalkan poster,ade yg tolong pasangkan mike,speaker,ada yg menyambut kedatangan,merekod video ceramah n tolong jualkan lagi..
sesungguhnya Allah telah menambahkan kekuatan untuk menjalankan kerja dakwah..namun jgnlah kite merasakan ianya mudah sehingakan kite mempermudah2kan lagi urusan dakwah..dlm erti kata lain melewa2kan urusan kerja dakwah..

bukan suh tolak kemudahan,kemudahan ni satu anugerah Allah untuk kita,namun ingatlah kite tidak merasakan betapa susahnya org dulu nak menaikkan islam,jgnlah kite mengambil mudah sehingga boleh terjatuh..jika teringat sirah Rasulullah n sahabat2 menaikkan martabat islam,sebak tak terkata ku rase,apelah yg ku buat selama ini..dlm perjuangan kite sekarang-tengok gambar2 tok guru,nak menangis aku mengenangkan perjuangan beliau..



Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?


Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.




Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

CINTA KUDUS


Titisan rindu hiasi taman kasih
Tanda Illahi merahmati cinta abadi
Seharum kasturi seindah pelangi
Sedamai hati memiliki cahya Illahi
Kurnia Tuhan untuk hambaNya

Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi di jiwa
Bagai butir permata yang indah
Terang sinarnya malam senja
Iman dan taqwa saksinya

Bagai air yang mengalir tiada akhirnya
Janji kepastian suka duka dijadikan iktibar
Di hujung penantian kecapi gemilang
Mekar di hati indah buana dirahmatiNya

Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi di jiwa
Bagai butir permata yang indah
Terang sinarnya malam senja
Iman dan taqwa saksinya

Impian inginkan melihat ketenangan
Hidup bahagia penuh kasih dan sayang
Mimpi kedamaian harap kenyataan
Seluruh insan menjalinkan ikatan
Kurnia Tuhan untuk hambaNya

Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi dijiwa
Bagai butir permata yang indah
Terang sinarnya malam senja (2x)

Terus bertakhta...

Monday, October 4, 2010

BENARKAH KITA BERJIHAD??

• Mujahid di jalan Allah  adalah orang yang berperang di jalanNya dengan tujuan agar kalimat Allah (agama Islam) menjadi yang paling tinggi.

Abu Musa Al-Asy'ari  berkata: "Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi  lalu berkata, "Seseorang yang berperang agar mendapatkan harta rampasan, dan seseorang yang berperang agar terkenal (namanya) dan seseorang yang berperang agar mendapatkan kedudukan, maka siapakah di antara mereka yang berperang di jalan Allah ?". Nabi  menjawab: "Orang yang berperang agar kalimat Allah  menjadi paling tinggi, dialah orang yang berperang di jalan Allah ." (Muttafaq 'alaih).

Monday, September 27, 2010

NOTA CINTAKU..


Andainya dapatku menulis Nota-nota cinta buat diri-Nya..
Ingin ku titipkan bersama Semua kuntuman bunga Yang indah berseri..
Ku sembur haruman mewangi Bersama kata-kata puji..
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku Menjalin ikatan menuju ke Syurga..
Cintaku kepada Dia,Rinduku hanya pada-Nya,Kasihku tulus buat-Nya,
Setiaku balas kasih-Nya,Kasihku kasih yang setia Pada yang punya..
Dambaku pada Yang Esa,Pujian hanya buat-Nya,
Akurku kebesaran-Nya,Teragung Maha Suci-Nya,
Taatku hamba yang hina Pada Pencipta..
Kiranya aku hilang arah Jalan hidupku berubah punah..
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah,
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah,
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Tuesday, August 10, 2010

AWAS!! facebook boleh jatuh HARAM!!

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.


Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.


c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.


Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.


Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.


Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Monday, August 9, 2010

ya ALLAH selamatkan kami sekeluarga

9/8/2010 tepat jam 3pg mak dan ayah dikejutkan bunyi seolah2 pintu biliknya hendak dibuka..mak bertanya "siapa tu" beberapa kali namun diam tiada yg menjawab,ayh nk kuar tp mak larang kerana risau takut pencuri.ayh pun buat2 kol tepon umah,bila berdering tiada yg matikan..lame tu,dengar ada pintu bilik ditutup..sampai subuh mak ayh xtdo..lepas azan mak ayh cek pintu umah n tingkap seme tertutup rapat n tiada kesan pencuri masuk. kami semakin berhati2 sejak peristiwa kecurian yg kerap berlaku di kawasan berhampiran..semoga ALLAH lindungi kami dari sebarang kejahatan yg nyata ataupun tidak nyata..amin

Monday, August 2, 2010

Wednesday, July 28, 2010

MENYAKSIKAN SANG PENCIPTA

Melihat Allah ada dua jenis: Pertama melihat sifat keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat’ dan satu lagi melihat sifat-sifat ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang jernih kepunyaan hati yang tulen di dalam kehidupan ini. Dalam hal tersebut penyaksian kelihatan sebagai penzahiran cahaya keluar daripada keindahan Allah yang sempurna dan dilihat oleh mata hati yang hakiki.
“Hati tidak menafikan apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 11).

Mengenai melihat kenyataan Allah melalui perantaraan, Nabi s.a.w bersabda, “Yang beriman adalah cermin kepada yang beriman”. Yang beriman yang pertama, cermin dalam ayat ini, adalah hati yang beriman yang suci murni, sementara yang beriman kedua adalah Yang Melihat bayangan-Nya di dalam cermin itu, Allah Yang Maha Tinggi. Sesiapa yang sampai kepada makam melihat kenyataan sifat Allah di dalam dunia ini akan melihat Zat Allah di akhirat, tanpa rupa tanpa bentuk.

Kenyataan ini disahkan oleh Saidina Umar r.a dengan katanya, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”. Saidina Ali r.a berkata, “Aku tidak menyembah Allah kecuali aku melihat-Nya”. Mereka berdua tentu telah melihat sifat-sifat Allah dalam kenyataan. Jika seseorang melihat cahaya matahari masuk melalui jendela dan dia berkata, “Aku melihat matahari”, dia bercakap benar.

Allah memberi gambaran yang jelas tentang kenyataan sifat-sifat-Nya:
“Allah itu nur bagi langit-langit dan bumi. Bandingan nur-Nya (adalah) seperti satu kurungan pelita yang di dalamnya ada pelita (sedang) pelita itu dalam satu kaca, (dan) kaca itu sebagai bintang yang seperti mutiara, yang dinyalakan (dengan minyak) dari pohon yang banyak faedah (iaitu) zaitun yang bukan bangsa timur dan bukan bangsa barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api, nur atas nur, Allah pimpin kepada nur-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah mengadakan perumpamaan bagi manusia, dan Allah mengetahui tiap sesuatu”. (Surah Nuur, ayat 35).

Perumpamaan dalam ayat ini adalah hati yang yakin penuh di kalangan orang yang beriman. Lampu yang menerangi bekas hati itu ialah hakikat atau intipati kepada hati, sementara cahaya yang dipancarkan ialah rahsia Tuhan, ‘roh sultan’. Kaca adalah lutsinar dan tidak memerangkap cahaya di dalamnya tetapi ia melindunginya sambil menyebarkannya kerana ia umpama bintang. Sumber cahaya adalah pohon Ilahi. Pohon itu adalah makam atau suasana keesaan, menjalar dengan dahan dan akarnya, memupuk prinsip-prinsip iman, berhubung tanpa perantaraan dengan bahasa yang asli.

Secara langsung, melalui bahasa yang asli itulah Nabi s.a.w menerima pembukaan al-Quran. Dalam kenyataan Jibrail membawa firman Tuhan hanya setelah firman tersebut diterima – ini adalah untuk faedah kita supaya kita boleh mendengarnya dalam bahasa manusia. Ini juga memperjelaskan siapakah yang tidak percaya dan munafik dengan memberi mereka peluang untuk menafikannya seperti mereka tidak percaya kepada malaikat.
“Dan sesungguhnya diwahyukan kepada kamu Quran (ini) dari sisi (Tuhan) yang bijaksana, yang mengetahui”. (Surah Naml, ayat 6).

Oleh kerana Nabi s.a.w menerima pembukaan sebelum Jibrail membawanya kepada baginda, setiap kali Jibrail membawa ayat-ayat suci itu Nabi s.a.w mendapatinya di dalam hatinya dan membacanya sebelum ayat itu diberikan. Inilah alasan bagi ayat:
“Dan janganlah engkau terburu-buru dengan Quran sebelum habis diwahyukan kepada kamu”. (Surah Ta Ha, ayat 114).

Keadaan ini menjadi jelas sewaktu Jibrail menemani Nabi s.a.w pada malam mikraj, Jibrail tidak terdaya untuk pergi lebih jauh daripada Sidratul Muntaha. Dia berkata, “Jika aku ambil satu langkah lagi aku akan terbakar”. Jibrail membiarkan Nabi s.a.w meneruskan perjalanan seorang diri.

Allah menggambarkan pokok zaitun yang diberkati, pokok keesaan, bukan dari timur dan bukan dari barat. Dalam lain perkataan ia tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan, dan cahayanya yang menjadi sumber tidak terbit dan tidak terbenam. Ia kekal pada masa lalu dan tiada kesudahan pada masa akan datang. Kedua-dua Zat Allah dan sifat-sifat-Nya adalah kekal abadi. Kedua-dua kenyataan Zat-Nya dan kenyataan sifat-Nya bergantung kepada Zat-Nya.

Penyembahan yang sebenar hanya boleh dilakukan apabila hijab yang menutup hati tersingkap agar cahaya abadi menyinarinya. Hanya selepas itu hati menjadi terang dengan cahaya Ilahi. Hanya selepas itu roh menyaksikan perumpamaan Ilahi itu.

Tujuan diciptakan alam maya adalah untuk ditemui khazanah rahsia itu. Allah berfirman melalui Rasul-Nya:
“Aku adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan makhluk agar Aku dikenali”.

Ini bermakna Dia boleh dikenali di dalam dunia ini melalui sifat-sifat-Nya. Tetapi untuk melihat dan mengenali Zat-Nya sendiri hanyalah boleh terjadi di akhirat. Di sana melihat Allah adalah secara langsung sebagaimana yang Dia kehendaki dan yang melihatnya adalah mata bayi hati.
“Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya mereka melihat”. (Surah Qiamat, ayat 22 & 23).

Nabi s.a.w bersabda, “Aku melihat Tuhanku di dalam rupa jejaka tampan”. Mungkin ini adalah bayangan bayi hati. Bayangan adalah cermin. Ia menjadi alat untuk menzahirkan yang ghaib. Hakikat Allah Yang Maha Tinggi tidak menyerupai sesuatu samada bayangan atau bentuk. Bayangan adalah cermin, walaupun yang kelihatan bukanlah cermin dan bukan juga orang yang melihat ke dalam cermin. Fikirkan tentang itu dan cubalah memahaminya kerana ia adalah hakikat kepada alam rahsia-rahsia.

Tetapi semuanya berlaku pada makam sifat. Pada makam Zat semua kenyataan hilang, lenyap. Orang yang di dalam makam Zat itu sendiri lenyap tetapi mereka merasai zat itu dan tiada yang lain. Betapa jelas Nabi s.a.w menggambarkannya, “Aku daripada Allah dan yang beriman daripadaku”. Dan Allah berfirman melalui Rasul-Nya:
“Aku ciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya Wujud-Ku sendiri”.

Maksud Wujud Allah adalah Zat-Nya Yang Maha Suci, menyata di dalam sifat-sifat-Nya Yang Maha Mengasihani. Ini dinyatakan-Nya melalui Rasul-Nya:
“Rahmat-Ku mendahului murka-Ku”.

Rasul yang dikasihi Allah adalah cahaya kebenaran sebagaimana Allah berfirman:
“Tidak Kami utuskan engkau melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam”. (Surah Anbiyaa’, ayat 107).

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menerangkan kepada kamu beberapa banyak dari (isi Kitab) yang kamu sembunyikan, dan ia tidak ambil tahu berapa banyak. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan Kitab yang menerangkan”. (Surah Maaidah, ayat 15).

Pentingnya utusan Allah yang dikasihi-Nya itu jelas dengan firman-Nya kepada baginda, “Jika tidak kerana engkau Aku tidak ciptakan makhluk”.

Thursday, June 3, 2010

Die yg BERKEHENDAK..Die yg MENGGERAKKAN



Perhatikan telur ni..macam mana ayam boleh bertelur..??agak2 sakit x ayam ni mase nk bertelur??ke rilek xrase pape..cube tgk tempat aym ni bertelur,agak2 terancam tak telur2 ni yg bakal menetaskan anak??..SUBHANALLAH begitu indah aturan ALLAH..sehingga sebegini disusunNYA menampakkan betapa DIE MAHA PENYAYANG..KASIH SAYANG YG ALLAH NK TUNJUK BUKAN JE PADA MANUYSIA,TAPI JUGA PADA BINATANG..Ayam ni diberi kehendak oleh ALLAH untuk bertelur,dan diberi pula Qudrat untuk mengeluarkan telur2 ni..

Setiap makhluk itu diberikan hak untuk memilih..dan AYAM ni memilih untuk bertelur di tempat yg selamat,untuk melindungi telur2nya..maka ALLAH MENYALURKAN qudratNYA untuk ayam ni bertindak seperti yg dipilihnya..

SAMA gak manusia,turut diberi hak untuk memilih..tapi nape begitu berbexa pilihan manusia dgn pilihan binatang??pelik x??ayam yg xberakal ni bertelur kat tempat yg selamat untuk memastikan anak2nya menetas dengan baik dan sihat..,ni saya ambil gmbar waktu ibu die xde kat sarang,lau x dah lame kena patuk bertubi2..nak jaganya anak die..tapi manusia yg berakal,berperasaan selamba je lahirkan anak kt tong sampah la,tandas la,dalam semak la,dah la lahirkan kat tempat yg xsepatutnya dibakar pulak bayi tu,dibungkus mcm nasi lomak,dibubuh lam kotak,buat mcm bangkai..tu lah die realiti kehidupan zaman MODEN..kes buang anak bukan lagi berita yg mengejutkan,tp satu perkara yg biasa di kalangan org skrg..

Ayam pun pandai jaga anak..ni kan manusia ..eeii..lau ayam ni bisa berkata2..die mesti cakap.."wahai manusia,daripada kau buang anak tu..baik kau bg aku jaga"..
harap jer ayam ni xleh cakap..

Wednesday, April 28, 2010

SIAPA PEMILIK HATI KITA??

Salam alaik..kita sering berhadapan dengan manusia yg bermacam2 ragam ,yang ada kalanya menyukarkan gerakkerja kita..kita memandang manusia itu seolah2 dialah pemilik kepada dirinya, jika die nak melakukan sesuatu semua terpulang pada dirinya..jika itu yang kita letak dalam kotak pemikiran kita..ternyata kita silap..sahabat2,cuba kita keluar dari skop pemikiran seperti itu dan cuba pandang dengan mata hati..kita hendak mengajak adik2 kita untuk menghadiri majlis ilmu,habis2san kita merayu kepadanya untuk ikut kite menyertai sesuatu program keagamaan..dalam doa kita kita selitkan supaya ALLAH bukakan pintu hati adik tu..hati adik tu??hati adik tu??cube tgk berulang kali ayat tu..seolah2 hati itu milik adik tu..saya tidak megatakan doa itu salah..tapi dalam doa kita tu kita kena iktikad dalam hati bahawa hati itu buka milik sap2 tapi milik ALLAH..jadi PEMILIK HATI itulah yang mampu mengubah hati yang ada pada manusia..SEBAB ITU ALLAH ITU MAHA MEMBOLAK BALIKKAN HATI..sebab hati tu milik DIE..bukan milik sape2..kerana manusia tidak ade ape2 hak milik atas dunia ni..SEMUA KEPUNYAAN ALLAH..jika kita kate "itu aku punya,kete ni aku punya,rumah ni aku punya"..boleh jadi kita xnampak siapa pemilik sebenar kepada semua yang ada di muka bumi ni..boleh kita nk kate semua tu, tapi kita kena memfanakkan ALLAH di hadapan kita..WALLAHU'ALAM

Tuesday, April 13, 2010

SUMBER INSPIRASI KE-3

MY YOUNGER SISTER~AUNI BADRIAH BINTI SALEHU
ni waktu umur die lam 1tahun..

ha..ni bukti die ni suke memasak..hihi..comel

ni waktu aku nk balik u,mak hantar ke stesen bas,die pagi2 lagi bangun nk ikut, tapi tido gak lam kete coz ngantuk sebenarnya..ciap bawa botol susu..ish3..

ala,ciannye auni,time ni die lari2 pastu jatuh lutut darah..pe lagi nk pujuk nye pasal,letak la die lam kete sorong nk bg xnangis..pastu die xnk turun,ape lagi tolak la,tawaf keliling rumah..

ha ni gambar curi time die syok makan roti telur..penah sekali die nk goreng telur sendiri,sanggup tolak kusi n panjat untuk goreng telur..nasib baik ade orang perasan..dak ni jenis suke tgk org masak,bile org buat ape2 kat dapur mst nk tgk,dah la tgk,byk tny lak tu.."ni kan pe?".."mak masyak pe??".."mak ltk pe tu??".."adik nk tgk,adik nk tgk".."mak adik nak kaco jugok"..penah sekali uji die,suh die masak,knp adik xmasak..die jawab "adik xboleh masyak,adik kan kechik lagi"..pandai pun jawab..

ha yg ni gambar time die umur lam 2tahun..sekarang dah 5tahun..

mujahidah comel..sekarang dah bosau,time aku balik je,ade la benda die nk tunjuk,al maklum lah,dah tadika..die tunjuk la pe yg die belajar n buat..penah sekali die buat keje tulis2 no,yg ikut garisan putus2 tu..sampai no empat,macam payah..die boleh koyak page tu..bile mak tny knp adik koyak,die jwb "adik benci no empat sambil nangis2 geram"..hehe..adik sapo la ni..nakal2 die pun,die lah pengubat tensen aku bile kat umah..mmg betul hilang tensen bile duk ngan die,that why die adalah sumber inspirasiku ke-3..adik2 yg lain mmg jeles sangat coz aku manjakan die hihi..

ha ni,ntah sape yg ambik gambar ni..ade ke patut berguling atas langsir mak..
Sepetang berbasikal bersama auni,jauh gak auni bertahan..istiqamah kayuh,ajak naik motor xnak,nk basikal gak. Ada sekali die nangis xhenti2 coz basikal die tertingal kat belakang coz kakngah bawa die naik motor..

Saturday, March 27, 2010

WAT GAPO UJUNG MINGGU..26-28/3/2010

BBQ di tasik PGS bersama sahabat2..



JOM KE LADANG...!!